Rindunya aku tak dapat aku gambarkan,
Rindu pada belaian cintamu,
Bukan dengan sentuhan tetapi cukup sekadar perasaan...
Rindu yang menyeksakan aku...
Tapi jugak membahagiakan aku...
Rindunya aku pada dirimu,
Walau seribu tahun berlalu,
Rasa ini tetap di hati,
Kerana telah aku tetapkan,
Kaulah yang pertama dan terakhir bagiku....
Rindunya aku pada suaramu,
Yang dulu jadi semangatku,
Yang pernah menggoncang emosi,
Yang telah mencair kerasnya hatiku ini,
Suara yang telah mengubah sejarah hidupku,
Menyelamatkan aku dari lembah kegelapan,
Dengan cahaya cinta penuh suci kerana Dia...
Yang kau tanam dalam diriku yang terlupa,
Rindunya aku pada gayamu,
Tiada istilah manja,
Tapi penuh rasa cinta,
Kerana katamu,
Manjalah Dia lebih dari manja pada dirimu,
Simpanlah manja itu setelah kita bersama,
Kerana biarlah cinta itu yang memanjakan kita berdua...
Rindunya aku pada tawamu,
yang sentiasa memandu hidupku,
Yang menceriakan hari-hariku,
Terima kasih padamu,
kerana rindu ini,
kerana cinta ini,
kerana ksih darimu ini,
yang buat ku hidup hingga ke hari ini.....
sumber : http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=390
Sunday, February 26, 2012
Friday, February 24, 2012
-Melangkah Tanpa Arah-
Terdiam aku seketika...
menanti suatu detik yang istimewa..
namun entah bila detik itu akan tiba..
hanya mampu terus berdoa..
Terkesima bila memikirkan peristiwa lama...
seperti satu mimpi ngeri..
yang menghantui diri ini...
tidak henti walau seminit...
Bila diri ini melangkah ke hadapan...
terkadang kaki ini ingin berhenti seketika...
ingin menoleh ke belakang sebentar..
menanti jika tertinggal sesuatu..
Tiba di separuh jalan...
diri ini menjadi keliru..
keliru dengan keputusan sendiri..
arah manakah perlu dituju...
Tatkala diri di separuh jalan...
tangan menadah ke langit..
memohon sedikit pertolongan dari Ilahi..
agar jalan yang benar diambil oleh diri ini..
Namun bukan mudah untuk mencari...
mencari jalan yang sebenar-benarnya...
selagi tangan mampu manadah..
selagi diri mampu menyembah...
Arah yang dicari pasti ditemui...
selagi percaya dengan Ilahi...
kekuatan diri perlu diperbaiki...
semoga melangkah dengan iringan Ilahi...
imleh :)

Thursday, February 23, 2012
RabiulAkhir
Pengertian
| |||
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga. | |||
Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.
| |||
Masjid Darwasiyah di Damsyik
Makam Imam Ghazali r.h di Iraq.
|
| ||
Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.
| Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun. Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita. Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi. sumber : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulakhir/home.htm |
Friday, February 17, 2012
Bila Hati Terluka, Jiwa Merana - Cinta oh cinta - Remaja
Bila Hati Terluka, Jiwa Merana - Cinta oh cinta - Remaja
Oleh: EDITORIAL REMAJA
Tarikh: 17 Februari 2012
Tarikh: 17 Februari 2012
Andai cinta itu nafas,pasti kamu ingin hidup selama-lamanya,andai cinta itu indah pasti kamu selalu ingin memandangnya,namun bila cinta itu luka,kamu tidak lagi mempedulikan kepahitan yang terpaksa diharungi.Bahkan cinta kamu semakin mekar mewangi terhadap dirinya.hanya senyuman menjadi peneman di kala kamu kesedihan.
Arghh! Sakit hati betul dengan si dia, aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena. Apa salah aku?Kadangkala kamu sendiri bingung dan keliru bukan? Setiap hari kamu dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan kamu.Sebagai seorang kekasih sudah tentu kamu inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan?Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu kamu lakukan.
1)Selami Hati & Perasaan
Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah! Ha, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara kamu. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan kamu. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu kamu akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, kamu dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan kamu ingat, si dia sahaja yang perlu memahami kamu bahkan kamu sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila kamu dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan.

2)Belajar Jujur Pada Pasangan
Adakah selama ini kamu bersikap jujur dengan si dia? Cuba kamu fi kirkan sejenak.Selama kamu berhubungan ada atau tidak kamu merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, kamu orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika kamu mahukan si dia berlaku jujur dengan kamu, kamu yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna kamu dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana kamu dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba kamu renungkan dan muhasabahkan diri sendiri.

3)Tidak Terlalu Hipokrit
“Em, tak mengapalah. Saya faham Ayang sibuk, Ayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri.” Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala kamu terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja kamu atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan kamu dan kamu juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara kamu terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini kamu mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit!

4)Hargai Setiap Pengorbanannya
Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali kamu bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi kamu? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi kamu, baginya kamu sangat berharga seperti emas.Hilangnya kamu meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya kamu dalam hidupnya. Maka untuk apa kamu mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri kamu sendiri, takut nanti kamu juga yang merana.

5)Jangan Memperbesarkan Masalah
Aduh! Hal remeh pun kamu ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, kamu semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Kamu perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya kamu terlalu beremosi, inilah padahnya!Kamu akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai kamu sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal kamu boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Kamu perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup kamu. Saat itu siapa yang akan merana? Kamu jawablah sendiri.

6)Menuding Jari Tanpa Sebab
Inilah masalah orang bercinta. Kamu sendiri mengakuinya bukan?Cuba kamu fikir ada atau tidak selama ini kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak kamu dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu kamu sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, kamu jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan kamu hentam kromo sahaja!Padah yang menanti kamu nanti.

Friday, February 3, 2012
LAGU UNTUK HARI INI
_KHUTBAH JUMAAT_
Assalamualaikum semua kawan-kawan....
Tadi pergi solat jumaat dengaq khutbah arini bertajuk pasai Rasullullah S.A.W... aku rasa kebanyakan masjid akan berceritakan tentang Baginda...ermmm...kita sebenarnya tidak kenal sangat sapa Rasullullah..kenapa...kita hanya mngatakan yang kita ikut Sunnah Baginda...simpan janggut..potong kuku..cara tidur..tapi...itu tidak memadai...kita tahu berapa anak Baginda? berapa orang lelaki? berapa orang perempuan? kita jaga tidak percakapan kita? jika kita jmpa sesama Islam ada kita beri Salam? tanyalah diri masing-masing... di akhir khutbah khatib ada menceritakan satu cerita sebelum Baginda wafat... Baginda ada jiran sorang perempuan tua yahudi..perempuan tua itu buta..setiap hari Baginda akan pergi ke rumah perempuan itu untuk mnyuapkan makan kepada perempuan tua itu...tetapi dalam masa yg sama perempuan tua itu tidak kenal siapa yg menyuapkan makan untuk nya...smpai la hari wafatnya Baginda... selepas itu Abu Bakar menjadi Khalifah dan bertanya kepada Aishah balu Baginda apa lagi yang dia tidak tahu pasal Baginda..dan Aishah menjawab ada lagi...ada seorang perempuan tua buta yg duduk di hujung kampung..Baginda setiap hari akan pergi menyuap maka perempuan tua itu...lalu Abu Bakar juga pergi untuk mengambil alih tugas Baginda..semasa dia menyuap kepada perempuan tua itu perempuan tua itu berasa lain..dan bertanya kepada Abu Bakar.. kau siapa? kenapa tangan kau kasar..tak lembut..cara kau kasar...kemudian Abu Bakar menjawab orang yang selalu menyuap makan kepada makcik sudah wafat...lalu perempuan tua itu terkejut...baru dia tahu yang orang yang selalu menyuapnya itu adalah Baginda Rasullullah S.A.W. lalu terus dia menangis kerana sepanjang Baginda menyuapnya perempuan tua itu selalu mengutuk..mamaki..mengumpat tentang Baginda... sedangkan orang yang menyuapnya makan itu adalah Baginda...Subhanallah....sabarnya Rasullullah...terhiba sebentar bila mendengar khutbah tadi...Ya Allah..Engkau selitlah sedikit sifat Baginda kepada ku untuk aku menjalani hidup berlandaskan agamaMu Ya Allah...Amin~~~~
Thursday, February 2, 2012
"DOA BUAT KEKASIH"
imleh
3 FEB 2010 (4 Tahun 7 Bulan)
Jika kita sukakan seseorang,
Jangan diberitahu pada si dia.......
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkanlah rasa hati kita pada Allah,
Beritahulah Allah......kerna,Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
imleh
:) belajar dari pengalaman hidup..
Subscribe to:
Posts (Atom)