Berbalik kepada perkataan kehidupan. Ia sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Semua orang mempunyai jalan hidup yang berbeza dalam masa yang sama. Aku? Kehidupan aku kehidupan seorang insan biasa yang menyimpan angan-angan besar untuk masa hadapan. Tapi ada beberapa perkara yang aku impikan dah hilang begitu saja tanpa sebab-sebab yany menarik. Hanya sebab- sebab bodoh saja. Oleh itu biarkan ia berlalu kerana mungkin itu juga perkara bodoh yang pernah aku impikan. haha....
Tapi harus kita ingat, seperti aku juga tak semua yang kita impikan akan menjadi. Seharusnya kita perlu merancang dan menyediakan plan kecemasan untuk setiap apa yang kita rancang. Sehebat mana kita merancang pon, Allah Maha Perancang. Kita ada Plan A sampai Z pon kalau Allah kata itu bukan hak kita tak kan jadi semua itu.
Perkara biasa bila kita impikan sesuatu dalam hidup tetapi tak dapat apa yang kita impikan itu perasaan kecewa, marah, geram, dan putus asa akan menjadi teman baik kita tuk sementara. Ambik masa kembali untuk kita mengkaji mana silapnya dan fikirkan positive kalau xmau pikir positif, PIKIRKAN KAU BOLEH... heh..
Sentiasa mencari yang terbaik tuk diri kita kerana kehidupan ini sangat indah jika kita sentiasa menghargai setiap yang terjadi. Dan jangan lupa pegangan agama itu perlulah seiring dan jangan sesekali diabaikan. InsyaAllah.