Sunday, February 26, 2012

_RINDU ITU SATU YANG INDAH_

Rindunya aku tak dapat aku gambarkan,
Rindu pada belaian cintamu,
Bukan dengan sentuhan tetapi cukup sekadar perasaan...
Rindu yang menyeksakan aku...
Tapi jugak membahagiakan aku...

Rindunya aku pada dirimu,
Walau seribu tahun berlalu,
Rasa ini tetap di hati,
Kerana telah aku tetapkan,
Kaulah yang pertama dan terakhir bagiku....

Rindunya aku pada suaramu,
Yang dulu jadi semangatku,
Yang pernah menggoncang emosi,
Yang telah mencair kerasnya hatiku ini,
Suara yang telah mengubah sejarah hidupku,
Menyelamatkan aku dari lembah kegelapan,
Dengan cahaya cinta penuh suci kerana Dia...
Yang kau tanam dalam diriku yang terlupa,

Rindunya aku pada gayamu,
Tiada istilah manja,
Tapi penuh rasa cinta,
Kerana katamu,
Manjalah Dia lebih dari manja pada dirimu,
Simpanlah manja itu setelah kita bersama,
Kerana biarlah cinta itu yang memanjakan kita berdua...

Rindunya aku pada tawamu,
yang sentiasa memandu hidupku,
Yang menceriakan hari-hariku,
Terima kasih padamu,
kerana rindu ini,
kerana cinta ini,
kerana ksih darimu ini,
yang buat ku hidup hingga ke hari ini.....





sumber : http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=390

No comments:

Post a Comment