Tuesday, October 9, 2012

::PELIK::

PERLUKAH BERKAWAN DENGAN SEMUA ORANG TAPI TAK MEMBERI APA APA HARAPAN? SATU PERLAKUAN YANG AGAK SUKAR UNTUK DILAKUKAN OLEH MANUSIA NORMAL SEPERTI KITA...KENAPA?? SEBABNYA KERANA BILA KITA BERKAWAN DAN KITA RAPAT DENGAN SESEORANG HARAPAN ITU AKAN DATANG TIBA TIBA...BUKAN DIPINTA...BUKAN DIDAMBA...BOHONGLAH KALAU SALAH SATU PIHAK TIDAK MERASAKAN PERASAAN ITU...MANUSIA YANG TIADA HATI SAJA YANG TAK RASA APA APA...

KENAPA ORANG AKAN MENGATAKAN KITA TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN BERKENAAN PERKARA LAMA YANG DAH LUPUT TU? KERANA AKU TIADA SAPA SAPA SEPERTI DIA? KERANA DIA SUDAH BERPUNYA..BERTUNANG...DAN INGIN BERKAHWIN? BEGITUKAH CARA ORANG MENILAI? JADINYA SEKARANG STATUS LOOSER ADA DI PIHAK YANG TIADA YANG ISTIMEWA LAGI? BEGITU.... PANDANGAN ORANG KITA TAK BOLEYH TOLAK..TAPI  KITA TAHU DI MANA DIRI KITA SEBENAR...

KADANG KADANG TAK SEMUA ORANG YANG RAPAT AKAN PAHAM DENGAN DIRI KITA KERANA MEREKA TAK PERNAH MERASAI SITUASI YANG SAMA...KADANG KADANG KEADAAN AKAN MENGGANGGU KITA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG KITA MAHU KERANA KITA TERLALU MEMIKIRKAN PERASAAN DAN ORANG SEKELILING LEBIH DARI APA YANG KITA MAHU....


#TAK SALAH MEMIKIRKAN ORANG LAIN..TAPI UTAMAKANLAH APA YANG KITA MAHU..NASIHAT ITU PENTING..TAPI KATA HATI LEBIH HEBAT DARI SEMUANYA...






Sunday, September 30, 2012

::SETAHUN::

01 OKTOBER 2011 HINGGA 01 OKTOBER 2012..... GENAP SETAHUN AKU BERGELAR SEORANG YANG BERKERJAYA...PEJAM CELIK PEJAM CELIK (SYUKUR DAPAT CELIK LAGI..HAHA) DH SETAHUN... SEPERTI BARU SEMALAM AKU BERHIJRAH KE SINI DAN BEKERJA..DATANG MULANYA TIADA APA YG TAHU MENGENAI KERJA YANG HANDAK DI BUAT... SETIAP KALI KELUAR PASTI GPS DI TANGAN SMBIL MEREMPIT..SANGAT NOOB...ITU HALANGAN PERTAMA BEKERJA UNTUK AKU...LAMA-LAMA SEMUA DH DALAM MATA..GPS BUANG SAJA...HAHA..AKU DAH MAKIN MATANG DALAM HAL-HAL KERJA...MULANYA NAMPAK SKEMA..AKHIRNYA TERTONJOL LA KEJAHATAN YANG TAK DISENGAJAKAN...SEKARANG AKU MENIKMATI KEINDAHAN ALAM BEKERJA TAPI TAK SEHEBAT ALAM UNIVERSITI..INI FAKTA..SEMOGA AKU DAPAT BERTAHAN DI SINI SELAMA YANG MAMPU...AMIN...

TAK SEMESTINYA APA YANG KITA TOLAK ITU SESUATU YANG TAK BERGUNA UNTUK KITA, NAMUN APA YANG KITA MAHU DAN MENJADI MILIK KITA ADALAH SESUATU KEJAYAAN DALAM HIDUP KITA...

Thursday, September 20, 2012

Wednesday, September 19, 2012

::MENGUNDUR::

tangan nak capai tapi tak kesampaian..nak dibawa tapi tak berjalan...seperti berada di awangan sahaja...itu ayat yang kawan aku bagi kat aku...ok..memang benar apa maksud tersirat dalam ayat itu...tapi ada pulak dari sudut lain mngatakan kenapa perlu undur? kenapa perlu beri ruang pada orang lain? bukan...aku pernah rasai perkara itu..dan aku xsanggup buat kat orang lain..biar aku baik tak bertempat...biar aku positif perkara yang negatif...mungkin ini yang perlu aku lalui...tak salah aku buat macam tu...mana tau kehadapan kelak aku dapat apa aku mahu...nak bayar bil pon kena ambil nombor dan ikut barisan...sama saja hidup kita kan...tapi aku sedikit sebanyak dapat rasai sesuatu yang indah!!! ya indah!!! aku xpernah buat begitu!!! tapi aku berani buat itu untuk pertama kali!!! ok itu satu kejayaan untuk aku...mungkin pada orang lain tiada makna..tapi pada aku..AMAT bermakna..TQ...cukup sekali untuk dimuat dalam memori ini...ada yang membaca memahami perkara perkara ini...ada yang membaca dan bertanya sendiri...biarlah yang tahu dan senyum sendiri..yang tak tahu diam menyendiri...keputusan yang aku buat mungkin memakan diri dan juga hati...tapi lebih baik sedar diri sebelum kita lupa diri...ini salah satu bab yang paling menarik dalam hidup aku...seriyes~~~ 

apapon berjalan tanpa henti...hadapi dengan senyuman :)

Tuesday, September 11, 2012

::TINGGALKAN::

Ok...Ok...Ok....sudah ada perkara yang hendak diketengahkan....setelah aku pikir berminit minit...hanya minit minit saja...haha...aku rasa aku dah buat keputusan yang aku secara rasminya menarik diri untuk semua KES KES yang aku hadapi...bukan takot...bukan kalah..cuma seperti sudah mendapat jawapan untuk KES KES tersebut...dan skang aku rasa masa untuk aku BEREHAT untuk memikirkan semua itu...orang kata TAK KAN LARI GUNUNG DIKEJAR....yang p kejar gunung buat apa...hahaha...aku memang tiada plan plan sokongan dalam hidup aku ni...oleh itu aku rasa aku nak lalui dengan ON THE SPOT...mungkin itu lebih menarik untuk aku...harapnya..oleh itu...sama sama kita nantikan perkara perkara yang misteri di kemudian hari...


Wednesday, August 29, 2012

::RAYA2012::

inilah keluarga aku...lemisquarda's family  :)

time paling dinanti di pagi raya :)

kahkahkah...

mamat paling awai mai beraya kt umah tok aku...mottafinar :)

SQUARDA in da PakCop's House...

SQUARDA@KSAH@KMK di Kenduri Kahwin Syakirin...

Sunday, August 12, 2012

::BIARLAH::


orang kata tak semua perkara yang kita nak kita dapat...itu benar...banyak dah terbukti dalam hidup ini...tapi biasalah manusia...akan berasa hampa dan kecewa jika apa yang mereka mahu tidak menjadi kenyataan....BIARLAH...semua yang berlaku ada sebabnya...dan kita akan dapat jawapan untuk setiap yang berlaku...tapi bergantung pada masa...mungkin cepat...mungkin lambat...sentiasalah bersedia...semalam aku ada bertanya kepada seorang adik..dia mahu gelarkan dia adik manis...amik..amiklah...abg ensem xkesah..haha...apa yang aku pikirkan pasal seseorang tu sama seperti pandagan dan pendapat adik manis itu...kadang kadang perempuan akan melarikan diri dari lelaki kerana mereka tidak selesa dengan cara si lelaki tersebut melayan mereka...itu pandangan pertama...dan pandangan keduanya...perempuan kalau dia tengok lelaki itu ramai kawan perempuan mereka cepat cepat elakkan diri mereka dari terjebak dengan lelaki itu dalam soal hati dan perasaan...mungkin juga mereka tidak bersedia untuk ada apa apa...oleh itu lelaki sentiasalah bersedia untuk apa saja sebab yang mereka rasa...tapi...PEREMPUAN TAK SUKA LELAKI YANG CEPAT PUTUS ASA...



Wednesday, August 8, 2012

::RINDU::

wow....dah lama tak merasai perasaan begini....gundah gulana smbil memakai celana rasanya..,mau tidaknya..orang yang kita suka berdiam diri seketika...entah kenapa...entah mengapa...yang tahu hanya dia...bila sorang sorang nampak dia saja....gila rasanya..bukan gila...habis apa? inikah cinta?? cinta?? kahkahkah....entahlah..kadang kadang malas melayan perasaan...tapi rasa itu datang sendiri...sendiri hadir di kala tiba waktunya...jadi apa yang boleh dibuat aku...bertahan...dia dah ditegur..jawapan balas tiada diberi..oleh itu cubaan dah ada...selebihnya berdiam diri... sekian :)  


#serius seronok ada perasaan macam ni kembali..aku dah normal!!!! 

Wednesday, August 1, 2012

::TERKILAN::

ehem...TERKILAN?..perasaan ini paling membuatkan kita rasa sangat sangat sangat pasrah...biasalah kadang-kadang sesuatu perkara itu jika kita mencari jalan untuk selesaikan tapi terdapat halangan halangan dan perkara yang mengganggu segala jalan yang kita cari itu dan akhirnya masalah selesai tapi tidak seperti yang kita mahukan..,disebabkan ROADBLOCK yang ada itu lah membuatkan perasaan terkilan itu...biasalah..PERKARA YANG BENAR KADANG KADANG TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KERANA SESETENGAH PIHAK MAHU MENEGAKKAN PERKARA YANG SALAH....yang menjadi mangsa orang yang tak bersalah... dan dari situ lah akan timbul perasaan dendam... manusia kan popular dengan perasaan sebegini...tapi jangan risau.. dalam dunia ni tiada semua perkara yang kita ingin akan terjadi dan sebaliknya..oleh itu bersedia la kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku...

Tuesday, July 24, 2012

::TERNGIANG::

bosan punya bosan aku bukak la baca inbox aku dalam facebook...skali aku cek..ternampak mesej2 aku ngn dia....peh.... mula2 baca atas manis saja...semanis golap..kahkah...turun lgi kebawah...ok lgi... smpai saja kat part habes belajaq paling banyak penipuan secara tak langsung... panjang berjela dia bagi ucapan.. macam aku ni la yang selalu bantu dia selalu ada bersama dia walau jauh..semuanya dia terima kasih la...sapa yang baca misti rasa dihargai gila...cam rasa nk ajak kawen trus ja..kahkah...tapi lpas tu aku plak wish besday kt dia...thn lepas la....lepas ja suma tu...xdak yang elok dah...suma ayat-ayat nada keras la..kalau cakap la..walau suara lembut pon...bila baca bahagian bahagian tu apa aku rasa?? rasa jatuh cinta?? teloq!!! hahaah.... aku rasa cm hilang maruah kaw2 ho liao punya... mula mula pnggil nama...xdak dah ayang dan bie..lpas tu advance sket...saya awak...so kira penghabisan la tu kn..hahaha...so dari situ aku dapat belajaq banyak benda...


1) permulaan nak putus  
  •  mesej akan balas terpendek semampu...
  •  bila tnya kenapa?? xdak mood...dah bosan..mintak putus..nak amik  masa pikir
  •  KENAPA PERLU MASA?? BIASANYA KERANA ADA YANG KETIGA...







2) semasa putus           
  • bila mesej tak akan balas
  • bila kol bnyak kali baru angkat dan cakap dengan terpaksa dan bila borak pasal hati dan perasaan akan buat xdak mood dan terus nak letak telefon.. BIASA
  • bila tnya lagi pasti akan dapat ucapan2 dengan nada marah dan keras.. kat sini la kita bley tgk dia jenis apa....PERCAYALAH






3) pertengahan putus    

  • minta sambung balik dan teruskan semua yang dirancang...AWAS!!! INI SATU PENIPUAN LAGI
  • perkara lain sama seperti kejadian SEMASA PUTUS






4) kemuncak              

  • pihak ketiga memainkan peranan dengan terbaik sekali dan semestinnya kemenangan di pihak dia...kerana??? dia ada segala yang dia perlu...
  • saya mintak awak bagi masa awak xpenah bagi.saya dah bnyak bersabar dengan
  • awak.dah tu add suma org dan libatkan suma orang.biar saya terang kat orang yang rapat ngan saya...ayat terakhir kalau ada jodoh xkemana....AKHIRNYA PIHAK KETIGA MENANG DENGAN SEDIKIT PENIPUAN SAHAJA :)  
  • kesudahannya suma ni aku yang salah.....kahkahkah.........







tapi ni kali terakhir aku baca n aku terus padam kerana xperlu baca pon aku dapa ingat semua tu.. TERNGIANG NGIANG  :)


yg penting CINTA ITU INDAH!!!!


# harini hari jadi mak aku...selamat harijadi mak...mie sayang mak sangat sangat!!!!!!!!!!!

Monday, July 23, 2012

::PERNAH::

pernah rasa kehilangan? pernah rasa sendiri? pernah rasa bosan? pernah rasa cemburu? pernah rasa putus asa? pernah rasa gembira? pernah rasa dihargai? pernah rasa kosong? pernah rasa dipermainkan? pernah rasa dipergunakan? pernah rasa disayangi? pernah rasa cinta? pernah rasa benci? 


misti pernah rasa semua di atas ini kn? rugi siapa tidak pernah merasai suma perkara ni..sebab? sebab perkara ini melengkapkan hidup kita...percayalah...tapi kadang memang kita tak suka ngn sesetengah perasaan yg kita rasa ni...tak kan bes kot kalau kita rasa dipermainkan...kalu kita mainkan orang seronok la...ye dop...

tapi untuk aku la kan...payah untuk kita merasa gembira dalam jangka masa yang lama..tapi sedih tu sngat senang tuk kita rasakan dalam jangka masa yang panjang...ni bagi aku la..mungkin kadang tu ujian Allah terlalu banyak tuk seseorang nak tengok kita dapat hadapi dak suma tu kn...fikir positif :)

menjelang bulan ramadhan kali ni...aku dapat rasakan antara bulan puasa yang amat muram untuk aku...sebab???? ini yang jadi tanda tnya dalam diri aku sniri.. aku pon xtau sebab nya... aku rasa ada sesuatu perkara yang membuatkan aku rasa begini... hmmmm.... dan aku rasa benda tu cam dah tiada kesan... 

tapi apa yang perlu aku wat??? hanya layan suma perasaan ini.. sebab dari sini la kita dapat keindahan hidup.. cewah..tuih!!! haha... sekian...

Sunday, July 22, 2012

::SEMPOI::

 Thanks to my ex for being my ex. You aren't a mistake, you're just a lesson. It's not that you're bad but maybe I deserve someone better than you and at the same time, you deserve someone better than me.

kahkah!!! amik!! post ni aku dpt dari kawan aku yang terbaca dalam satu blog yang agak menarik..mmg menarik la blog tu...si penulis sangat pandai menyampaikan setiap apa yang dia rasai dalam penulisannya membuatkan sapa yang baca pasti dapat mendalami setiap yang diceritanya.ni link blog tu..sempoi!!!



ayat yang atas tu aku amik dari blog ni la...bnyak lagi ayat2 yang menarik.kalau nak tau sila la baca sniri..haha...

sebab apa aku amik ayat atas tu..misti la bersebab kan..sebabnya?? sebab aku nk bagi ex aku baca la..kahkah..raya ni dia akan bertunang dengan mamat  yang dh sailang aku..xda hal..harap depa pilih jalan yang terbaik tuk mereka.. yang lepas lepas la.. banyak perkara yang lagi penting dan perlu dipikirkan..

bila mereka gembira mereka akan lupa semua derita orang2 yang mereka lukai..tapi bila mereka berduka mereka akan menyesal dengan segala kejahatan yang telah mereka lakukan...kerana itu lah manusia sentiasa membuat salah untuk belajar dari kesalahan itu dan berusaha memperbaikinya :)


Wednesday, July 18, 2012

::wow::

biasa lah....dalam hidup kita apa yang kita buat kadang-kadang bukan kita suka..tapi perkara itu dapat tenangkan kita..lebih baik begitu jika kita lakukan apa yang kita suka tapi perkara itu akan serabut kan kita...

Thursday, July 12, 2012

:: Permintaan::

Ya Tuhan...tolong matikan dia dalam hidup aku sampai bila-bila...Amin..

Saturday, June 30, 2012

Kemaskini SQUARDA

:: Sejarah SQUARDA ::


menurut pengasas kumpulan SQUARDA, abg Takie nama SQUARDA diperoleh dari :


"squarda ialah TEAM(dalam bi) tp nk nmpak kemaih sket letak lah versi spanish. jd lah squarda(skrg baru aku sedar squarda tuh mcm buruk ja)"


dahulunya ahli2 SQUARDA ni bopa org ja, tapi sekarang bertambah beberapa orang. untuk mengetahui sedikit pasal SQUARDA DULU DULU bleyh tgk sini :

::AHLI AHLI SQUARDA 2012::



Nama : Takie Kamil 
graduan dari UiTM Shah Alam dlm MassComm...
sekarang bekerja dgn Media Prima dan boleh tgk dia dlm HipTV n   
rancangan beliau Bilik 7...
sorg yg bercita cita nk jadi kaya raya, nk jd pelakon cinetron.
rancangan2 yg dia plan ngn kami suma sngt out of box..
mulut dia not bad...bwh sket dri azwan ali..haha...tapi dia   SEMPOI... founder of SQUARDA!!!




Nama : Matnot 
graduan dari USM Eng Campus dlm Aeroangkasa baqhang!!!
sekarang bekerja kt ACM Bkit Kayu Hitam... berulang ngn FERRARI plat ABU kot!!!
sorg yg sngt relax...target kawen umop 30....otai men snuker..DULU la..tp skang..hmmmmm... dh slalu sakit belakang...kerja kuat mungkin...ni Pengerusi SQUARDA!!!




Nama : Nazmi @ Mon
graduan dari UMP dlm Kejuruteraan Mekanikal....
sekarang seorang tokey ON9 yg berjaya...dalam masa yg sama mangharumkan nama negara kerana terpilih bermain di kelab Portugal (ok ni muhong ja)... dia la tukang atoq program pling berjaya...dia da pantang.. dia pantang jumpa mat katek sbb misti dia bahan mat katek KAW2.!!! 
dia juga dikenali sebagai Pawang... Main~~~ Jom beli!!!




Nama : Kamal @ Tony(geli aku nama ni)
graduan UiTM Merbok dlm Finance klu xsilap....
sekarang dia DOWNLINE mon sebagai penjual on9, juga seorang pekebun yg berdedikasi la sngt.... n lagi satu pemain skate yg tegar...bak kata Takie dlm blog dia dlu... smpai la pon xmng2 apa..hm...kecewa.... dia juga ada pntang... dia pantang kena panas terik terok2...baget mat saleh...tp mmg dia xbleyh pon...kesihatan dia kurang baik tp skang kmbali normal sket la.... sket sngt..... antara pling gila dlm group ni..ada dia Mon dh cukup...



Nama : Wadi @Mat Lohan
graduan UiTM Shah Alam dlm Akaun...
bekerja di Firma Akaun kt area Aloq Staq... dok baget company cm dia pnya... dgn p keja rmbut pnjg mmpuih... baget sempoi... tuih!!! haha..... dia ni antara yg playboy la... dok kantoi kuaq ngn awek lepak gemilang la pa suma....ni pon slh satu DOWNLINE mon tp biasa2 saja... mau keja sng gaji xbnyk xpa...jnji bleyh relax..ahaha...ang mmg STYLE!!!



Nama : Amet @ Bonggo
graduan UiTM Shah Alam dlm Architecture...
skang msih mngganggur dan bru menjadi TOKEY seperti MON...hobi baru nya kayuh gerek... sanggup jual NEO hanya nk kayuh gerek!!! ni aku reka ja..haha... bnyk dh tmpt dia p kayuh..tapi...hmmmm..... badan xmo turun...sbb??? mau xturun... kayuh 20km..... mlm lepak nasmir or yasmeen bedai mcm2!!! pastu dok wat kecewa!!! haha.... xpa... go on!!!!!


Nama : Pawaih
graduan UiTM Shah Alam dlm Kejuruteraan Awam...
skang sedang rehat sebelum bekerja semula di syarikat baru arer Key Ell gak la....berhenti dri syarikat lama dgn sbb yg agk lawak tp perkara itu serius!!! haha... antara seorang playboy dahulunya kerana kemanisan ayt2 nya!! ahaha.. sekarang setia pada satu ja.. dan antara yg akan kawen awal mungkin.... DOAKAN MEREKA!!



Nama : Hanan
graduan dari UiTM Shah Alam dlm Finance....
skang bekerja ngn syarikat Petronas pa tah...xingt aku...
muka yg jambu dan ayt2 serta kata yg manis mmbuatnya mmpunyai ramai kawan wanita...kawan wanita bkn teman wanita....harap maklum.. dia ni ala2 ustaz kdg2 tpi kalau blek lepak kt kedah...hmmmmsama naik ja ngn kami..tp kdg2 lebih!! hahaha...lawak ja..tp mmg betoi benda ni...
bnyk cerita dia kongsi ngn kawan2..haha... dia mmg LODDA!!!!



Nama : Pakcop @ Hekal (bila dpn parents dia)
sambung belajaq dlm Sarjana Ekonomi klu xslah..biasa la...ada teman di sana...smbung smpai PDH pon xpa kn...haha..... yg ni mau ada mat dewa...mmg xingt donia.. gelak kaw2.. dlu dia kembaq ngn POKYU...tp pokyu dh bwk dri sorg2 dia skang dh da pngganti lain... ini antara yg bkal kawen awl jugak rasanya.... post kt fb mau ayt omputih ja!!! tau la master!! haha.... 



Nama : Mat Katek (aku xtau sapa yg bg nama ni kt dia)
masih belajaq kt Jepun dlm Kejuruteraan Mekanikal.....
haaaa....mamat ni klu blek mmg meriah lepak..sbb pa?? sbb dok kena bahan ngn Mon n Konco2!! hahaha.....pastu apa lg...hobinya meracau la!!!!!! pastu wat muka mntak maki...hahaha.... bdn agk gempal...tp yg heran nya..... sluaq saiz 29!!!! hmmmm..... haha...  peminat tegar Malboro Mint!!! sorang yg mmpnyai sivik yg tinggi!!! hahaha... efluence ngn org Japan mungkin.... tpi kulit nya jadi pnghalang...hmmm....xsabaq nk tgk keta canggih dia nk bwk blek dri JAPANG!!!



Nama : Yong
graduan UiTM Shah Alam dlm Kulinari
bekerja di Starbucks mna tah....aku lupa.......sori wei..
pasai pa nama cmtu... pic dh mnunjukkan sbb nya.... ahha... mamat ni pling macho la...agk la...hahaha....playboy senyap2 jugak ni...dlu mnjadi kegilaan gak la sbb nek skuter..tp dia setia baq hang.....kaw2... last2 hmmm.....xmo kata pa... hahaha....yg ni payah nk jmpa... klu nk jumpa kna turun Key Ell......yg ni pon bleyh tahan sembang muhong!! hahaha...



Nama : P-Joq
graduan dari Sheifield dlm Kejuruteraan Elektrik
bekerja di area Key Ell la.....ni blek2 dri ober c trus keja area sana...rezeki dia sana..lg plak cinta dia pon kt sna..ok la kn.... bnyk yg aku xdpt kemaskini pasai dia sbb lma xjmpak!!!  dia antara yg pling malas n pling cerdik genius...sereyesss.... mamat ni dok anggp dia suci!!! suci la sngt!! hahaha.....



Nama : Wan Madet @ Mat Dewa
graduan dari UiTM Shah Alam dlm Sains Statistik
skang keja kt Am... gaji lebat sbb nk kawen ujung thn ni!!!
sebab pa Mat dewa... sbb math tamb A kot dlu... pastu time blaja dlu asyk 4 flat ja!!! hahaha
yg ni pling lawak nk mmpuih... ada dia n pakcop mmg meriah...tpi ada dia sorg pon dh ok dh...dia dok bukak cerita merapu yg xmsuk akai pastu dok wat percaya...tnya sapa cita...kawan2 dia.. senang betoi kena muhong dia ni..tp dia genius... muka baik tapi dlu penah jadi playboy yg paling hebat...hahahahah..... cerita pling lawak penah aku dgaq pasai ada landasan kapai terbang bawah KLCC....hmmmmm.... pngaruh ultraman sngt ni...



Nama : Wan @ wan insurans
bekerja di Prudential Aloq Staq... ni antara Ahli Baru yg aktif... rumah keduanya adalah Yasmeen... anne kt Yasmeen tu tgk dia ja dh tau dia nk mkn apa...ahahha.... pastu p iman nk koew teow xmo togeg teloq garing... xdpt cmtu muka bebai truih!! yg ni memanjang dok ada seminar!!!! hahahah.... dia antara yg rajin n ada cita2 tnggi!!! nk pakai Scirocco... bila? Tnggu.... 
bawakl keta cm cilaka!!! haha



Nama : Pali @ Abg Panjang
masih belajar di UiTM Shah Alam dlm Petrokimia kot.....
haha...sebab apa pnggil Abg Pnjg? sebb dia xpnjg.. so itu cm satu doa kawan2 tuk dia la.. mna tau lpas2 ni jd pnjg betoi..hehe.. bleyh sembang lawak2..tp dia lebih suka sembang ilmiah!!! jnis rjin dok kaji Konspirasi ni la nu la....haha.... dia pling masuk ngn pokyu... 




Nama : Aizat
graduan dari UiTM Shah Alam dlm Akaun..
bekerja di syarikat yg besaq jugak dgaq kabar...sbb jrang lepak n kontek ngn dia... maklum la da org ter syg....haha...itu sja tuk aizat





                                                    (tiada gambar)

Nama : Pokyu
graduan dari UPM dlm Biokimia kot...
bekerja di BP Lab.... aku baget dia ni kerja 23 jam 30 minit... rehat 28 minit dan curi2 tidoq selama 2 minit...tiap2 ari cmtu... sbb pa?? sbb pyh betoi nk jmpa... nk lepak ngn dia... dulu dia pling gila!!! dia pling update!! skang dia dh mnyendiri... nk gelak sngt pon xmau...y pokyu?? y?? hahaha.... 



Nama : Lemi @ Mie Golap @ MGM 
graduan dari UniMAP dlm Kejuruteraan Alam Sekitar...
bekerja sbg opis boy di penang... yg ni dok kena pemen slalu...terkenal ngn ayt Serius???  haram toi puak2 ni...slalu dok wat ayt serius ngn aku!!!  sbb pa golap?? sbb aku bkn gelap... tp xcerah... so depa bagi la GOLAP... MGM tu apa?? ahhaha..... Mie Golap Maneh!!! bulih tera tu.... skang ni turn aku dok kena bahan pasai PATAH SERIBU...aku fobia ngn JB... hahahaha klu JABI xpa....




                                      --------TAMAT------------


#ni serba sedikit pasai geng SQUARDA..... kami masih bersama dari 2003 rasanya...dh nk msuk 10 thn pon...hebat2.... harap suma ni xkn habis smpai mati!!!!

Tuesday, June 26, 2012

Takdir dan Waktu

todia baqhang~~~

entri cm serius ja kan..tapi tu hanya tajuk sahaja...rasa tiada kena mengena dengan apa yang nak di kemaskini.. biasa la zaman pekerjaan ini kehidupan banyak jugak yang berubah..boleh kata 150% untuk aku berubah dalam zaman pekerjaan ini...serius baq hang... 


pertama pengurusan masa... dalam zaman pekerjaan ni masa banyak habis untuk mencari rezeki saja.. 8 jam busuk tuk sehari akan habis kat pejabat dan tapak tapak yang perlu di lawati serta temujanji dengan consultant dan pegawai-pegawai. habis kerja mana lagi, balik rumah dan berehat.. kalau ada isteri bleyh la beristrirehat...xtau la..aku kadang-kadang suka wat pala tau...pemen...


malam nya kehidupan lain pula..hidup bujang ni misti la pergi cari makan kt kedai..kalau masak tu kena tunggu suma dak-dak umah ada.. baru SHINE....abeh makan balik rumah lepak-lepak... busuk-busuk smpai la pukui 12 or 1 bru la tidoq...kalau rutin yang kadang-kadang pulak ada game futsal ok la...bleyh kuaq peluh sebaldi dua...kalau xmen futsal p karok ngn artis-artis... sejam dua dalam sebulan sekali dh cukup la... itu kalau aktiviti yg kadang-kadan di buat la...


untuk pekerja contoh cm aku ni...cuti ari ahad saja... xdak tempat lain aku tuju..tempat yang aku boleyh dapat segala galanya bagi aku...Aloq Setaq...ada apa sana... kampung halaman aku..aku bleyh jumpa MAKCIK INA n PAKCIK DERIH... mak n ayah aku la... kadang2 kalau adik aku cuti bleyh la jumpa depa sekali...lagi sorg budak yang aku selalu rindu.. Airel Faris.. anak yang mak aku mngasuh.. mak aku selalu bebai ngn dia sebab tiap2 hari airel dok tnya pasai aku....haha.....ka aloq setaq ni jugak aku ada kawan-kawan terbaik aku... dari sekolah beb..ops maap..bukan sekolah.. tapi KOLEJ.. KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID... heh...blagak sat..sat ja..... n geng MATRIK N UNIMAP... semua ada kt ALOQ SETAQ.... aku rasa hepi kalau aku blek sana walau hanya 1 hari...haha


tapi apa pon...semua benda ni buatkan aku rasa hidup ni memang sesuatu yang amat menarik...kita boleh rasa hepi...rasa marah... rasa bosan... rasa nikmat... macam-macam lagi la... rugi kalau kita tak pernah rasa suma tu...serius baq hang...tapi kadang-kadang..ada perkara yang buat kita rasa amat tak selesa..sangat tak selesa...mungkin smpai ada sesuatu perkara yang akan menghilangkan rasa itu nanti..AMIN.... 



ni lagu yang aku minat skang....





Thursday, May 10, 2012

Friday, April 20, 2012

::KEHIDUPAN::

Perkataan biasa kita dengaq setiap hari. KEHIDUPAN. Asal dari perkataan hidup yang membawa berbagai-bagai makna bagi setiap orang. Jadi masing-masing berilah maksud tersendiri tentang apakah itu hidup dan kehidupan. :)

Berbalik kepada perkataan kehidupan. Ia sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Semua orang mempunyai jalan hidup yang berbeza dalam masa yang sama. Aku? Kehidupan aku kehidupan seorang insan biasa yang menyimpan angan-angan besar untuk masa hadapan. Tapi ada beberapa perkara yang aku impikan dah hilang begitu saja tanpa sebab-sebab yany menarik. Hanya sebab- sebab bodoh saja. Oleh itu biarkan ia berlalu kerana mungkin itu juga perkara bodoh yang pernah aku impikan. haha.... 

Tapi harus kita ingat, seperti aku juga tak semua yang kita impikan akan menjadi. Seharusnya kita perlu merancang dan menyediakan plan kecemasan untuk setiap apa yang kita rancang. Sehebat mana kita merancang pon, Allah Maha Perancang. Kita ada Plan A sampai Z pon kalau Allah kata itu bukan hak kita tak kan jadi semua itu. 

Perkara biasa bila kita impikan sesuatu dalam hidup tetapi tak dapat apa yang kita impikan itu perasaan kecewa, marah, geram, dan putus asa akan menjadi teman baik kita tuk sementara. Ambik masa kembali untuk  kita mengkaji mana silapnya dan fikirkan positive kalau xmau pikir positif, PIKIRKAN KAU BOLEH... heh..

Sentiasa mencari yang terbaik tuk diri kita kerana kehidupan ini sangat indah jika kita sentiasa menghargai setiap yang terjadi. Dan jangan lupa pegangan agama itu perlulah seiring dan jangan sesekali diabaikan. InsyaAllah.

Friday, April 13, 2012

Its Look Like Im OK Now!!!

Bismillah...haha...wat wrong wit u? u r not wrong babe..im wrong!! im wrong to choose someone in my life.. But its ok for me... small matter lor.. why? because perfect thing is not easy to get n loose right.. so plizz think positive ok.. why im ok now?? because of u..u... n u... who r u?? dat my family!!! family first!!! they always support me!!! my mom!! my dad!!! they all my heroin n hero!!! not forget to my sis n my sis!!! and also important are my frenzzzz.... always be with me... although im in moral down u noe.. they always give me even juz 1 word that always make me strong...!!!! dat what people say...when we always make evereyone happy even they in bad mood.. later they will help us on same place... because the best ever frenzzz alwayz adevice...scold...support..n many more..juz like what in Islam.. "If we do right thing..we will get the right to.. but if we give bad thing...u will face the bad thing also"... so now.. Move on!!! that make me look like okay in my life!!!!!!!!! 

Saturday, March 24, 2012

Berat

Memang berat aku nak tequih kan semua yang terkona sana terkona sini...adeh la.. kadang aku rasa aku dah dapat jalan yang aku cari tu...tapi kadang aku terpikir balik betoi ka jalan yang aku nak ambik ni...aduh... tekanan teramat sangat dengan situasi sekarang...aku rasa nak cari keja kat2 ngn family aku..mak aku xsehat cm dulu dah...ayah aku skang dh veteran orang dok antaq p kursus mrata2 plak..so mak aku tnggai sorg2 kat umah...misti la jadi tanggungjawab aku la kn.. aku anak sulung.. aku anak laki tunggal... suma benda aku kena ready.. bila2 masa Allah bulih uji aku dengan ujian yang besaq2...huhu...tapi lepas apa yang dah jadi kat aku n melibatkat family aku dan family satu lagi..aku rasa biaq la aku berkorban apa yang mampu..wat sementara ni biaq la aku berjauhan sat ngn family aku..aku xmau depa tengok aku sekarang..aku dah x segembira dulu.. aku banyak berlakon saja..biasa la.. nk jadi retis cm remy ishak... kahkah... tapi aku xtau la smpai bila aku akan dapat bertahan dengan semua ni..bila aku sorg2..misti aku terpikir kan perkara ngeri dalam idup aku ni.. semua perasaan aku rasa... tapi apa aku bleyh buat.. bersujud pada Allah.. mengadu kepadaNya.. aku nk cita kt kawan2 xmo depa susah.. depa pon da masalah sniri.. lgpon nnti jadi mngumpat plak.. xelok... skang biaq la aku kongsi denganNya kerana aku hidup keranaNya dan aku mati keranaNya... yang menjadi persoalan sampai bila aku perlukan masa untuk mendapatkan apa aku hajati..InsyaAllah..masanya pasti tiba..Amin..

Thursday, March 22, 2012

SUDah cukup sudah

aku rasa mulai hari ini aku dah berhenti untuk mencari _ _ _ _ _ .... aku perlu mulakan dengan mencari diri aku.kemudian bersama dengan itu aku akan mencari apakah itu ketenangan dalam diri. Ya Allah.. aku ingin mencari kebenaran di jalanMu.. engkau pimpim lah aku ya Allah...aku amat memerlukan kekuatan dariMu..terlalu banyak telah aku lalui.. indah hanya sementar.. tapi aku lupa.. di dalam kebaikan seseorang itu terselit sesuatu yang hitam yang telah membuatkan diri ini hilang tika ramai...

Monday, March 19, 2012

!!! SERIOUSLY!!!REALLY!!!

it really hurt when im think bout that!!! but i noe that people happy like they are the happiest couple in da world!!! puih!!! they dont noe.... someday they will get back what they do to us!!!!!

Sunday, February 26, 2012

_RINDU ITU SATU YANG INDAH_

Rindunya aku tak dapat aku gambarkan,
Rindu pada belaian cintamu,
Bukan dengan sentuhan tetapi cukup sekadar perasaan...
Rindu yang menyeksakan aku...
Tapi jugak membahagiakan aku...

Rindunya aku pada dirimu,
Walau seribu tahun berlalu,
Rasa ini tetap di hati,
Kerana telah aku tetapkan,
Kaulah yang pertama dan terakhir bagiku....

Rindunya aku pada suaramu,
Yang dulu jadi semangatku,
Yang pernah menggoncang emosi,
Yang telah mencair kerasnya hatiku ini,
Suara yang telah mengubah sejarah hidupku,
Menyelamatkan aku dari lembah kegelapan,
Dengan cahaya cinta penuh suci kerana Dia...
Yang kau tanam dalam diriku yang terlupa,

Rindunya aku pada gayamu,
Tiada istilah manja,
Tapi penuh rasa cinta,
Kerana katamu,
Manjalah Dia lebih dari manja pada dirimu,
Simpanlah manja itu setelah kita bersama,
Kerana biarlah cinta itu yang memanjakan kita berdua...

Rindunya aku pada tawamu,
yang sentiasa memandu hidupku,
Yang menceriakan hari-hariku,
Terima kasih padamu,
kerana rindu ini,
kerana cinta ini,
kerana ksih darimu ini,
yang buat ku hidup hingga ke hari ini.....





sumber : http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=390

Friday, February 24, 2012

-Melangkah Tanpa Arah-

Terdiam aku seketika...
menanti suatu detik yang istimewa..
namun entah bila detik itu akan tiba..
hanya mampu terus berdoa..


Terkesima bila memikirkan peristiwa lama...
seperti satu mimpi ngeri..
yang menghantui diri ini...
tidak henti walau seminit...


Bila diri ini melangkah ke hadapan...
terkadang kaki ini ingin berhenti seketika...
ingin menoleh ke belakang sebentar..
menanti jika tertinggal sesuatu..


Tiba di separuh jalan...
diri ini menjadi keliru..
keliru dengan keputusan sendiri..
arah manakah perlu dituju...


Tatkala diri di separuh jalan...
tangan menadah ke langit..
memohon sedikit pertolongan dari Ilahi..
agar jalan yang benar diambil oleh diri ini..


Namun bukan mudah untuk mencari...
mencari jalan yang sebenar-benarnya...
selagi tangan mampu manadah..
selagi diri mampu menyembah...


Arah yang dicari pasti ditemui...
selagi percaya dengan Ilahi...
kekuatan diri perlu diperbaiki...
semoga melangkah dengan iringan Ilahi...



imleh :)

Thursday, February 23, 2012

RabiulAkhir


Pengertian
   

Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.
  
 
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
   
Masjid Darwasiyah di Damsyik
Makam Imam Ghazali r.h di Iraq.
  1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
  2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
  3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
  4. Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
  5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
  6. Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
  7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
 
Fadhilat

Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.




sumber : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulakhir/home.htm